Monday, 7 November 2011

TEKA-TEKI IMAM AL-GHAZALI

Suatu hari, Imam Al-Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya lalu beliau bertanya (teka-teki);

Imam Ghazali : "Apakah yang paling dekat dengan kita di dunia ini?"

Murid 1: "Orang tua"
Murid 2: "Guru"
Murid 3 : "Teman"
Murid 4 : "Kaum kerabat"
Imam Ghazali : "Semua jawapan itu benar, tetapi yang paling dekat dengan kita ialah MATI. Sebab itu janji Allah S.W.T. bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati."


Imam Ghazali : "Apakah yang paling jauh daripada kita di dunia ini?"

Murid 1: "China"
Murid 2: "Bulan"
Murid 3 : "Bintang"
Murid 4 : "Matahari"
Imam Ghazali : "Semua jawapan itu benar, tetapi yang paling jauh adalah MASA LALU. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, hari esok dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan  yang sesuai dengan ajaran Agama."


Imam Ghazali : "Apakah yang paling besar di dunia ini?"

Murid 1: "Gunung"
Murid 2: "Matahari"
Murid 3 : "Bumi"
Murid 4 : "Gajah"
Imam Ghazali : "Semua jawapan itu benar, tetapi yang paling besar adalah HAWA NAFSU [Surah Al-A'raf:179]. Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka."


Imam Ghazali : "Apakah yang paling berat di dunia ini?"

Murid 1: "Baja"
Murid 2: "Besi"
Murid 3 : "Gajah"
Murid 4 : "Kapal"
Imam Ghazali : "Semua jawapan itu benar, tetapi yang paling berat adalah MEMEGANG AMANAH. Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah S.W.T. meminta mereka menjadi khalifah (pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah S.W.T. sehingga banyak manusia masuk ke neraka kerana gagal memegang amanah."


Imam Ghazali : "Apakah yang paling ringan di dunia ini?"

Murid 1: "Kapas"
Murid 2: "Angin"
Murid 3 : "Debu"
Murid 4 : "Daun-daun"
Imam Ghazali : "Semua jawapan itu benar, tetapi yang paling ringan di dunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT. Gara-gara pekerjaan kita atau urusan dunia, kita tinggalkan solat."


Imam Ghazali : "Apakah yang paling tajam sekali di dunia ini?"

Murid-murid dengan serentak menjawab : "Mata pedang!!!"

Imam Ghazali : "Semua jawapan itu benar, tetapi yang paling tajam sekali di dunia ini adalah LIDAH MANUSIA. Kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai perasaan  saudaranya sendiri."


Wednesday, 22 June 2011

korean drama ~ coming soon

Falling in Love

Synopsis
Lee Shin is a university student majoring in modern music. He is also the vocalist and guitarist of the band “The Stupid.” Shin is known for his good looks and strong passion for music, but in reality he is cold, lacks interest in anything unrelated to music and has neither dreams nor plans for the future. He initially likes Jung Yoon Soo, a dance professor at university, but this all changes when he meets Lee Kyu Won.
Lee Kyu Won is a bright and outgoing student who was born into a prestigious family and is majoring in traditional Korean instruments, especially the gayageum. Kyu Won’s grandfather, Lee Dong Gun, is one of the top 3 traditional musicians of his age and his biggest wish is to see his granddaughter become a traditional music prodigy. Trying to live up to her grandfather’s expectations, Kyu Won immerses herself in training and becomes a university student who knows nothing outside of her studies. As her friends are fans of “The Stupid”, she was forced to go to the band’s concert with them. There she saw Lee Shin performing live, and is immediately captivated by him.

Cast
Jung Yong Hwa as Lee Shin
Park Shin Hye as Lee Kyu Won
Song Chang Ui as Kim Suk Hyun
So Yi Hyun as Jung Yoon Soo
Kang Min Hyuk as Yeo Joon
Woo Ri as Han Hee Joo
Lee Hyun Jin as Hyun Ki Young
Jang Seo Won as Yoon Soo Myung
Shin Goo as Lee Dong Gun


Saturday, 2 April 2011

Persoalan....

Kebiasaannya, apabila kita dilanda masalah, kita akan mencari seseorang untuk meluahkan perasaan. Dan di saat inilah kita memerlukan kewujudan seorang sahabat karib yang boleh mendengar dan berkongsi masalah... tetapi, bagaimanakah sekiranya sahabat karib tersebut seseorang yang berlainan jantina dengan kita??

Adakah lelaki dan perempuan yang bukan muhrim boleh menjadi sahabat karib??

Sekiranya boleh, mungkinkah ikatan persahabatan tersebut akan bertukar menjadi pasangan kekasih??

Adakah pasangan kekasih yang terbina dari ikatan 'sahabat karib' akan bahagia??

Masih bolehkah kita untuk berkongsi segala cerita dan masalah apabila status perhubungan tersebut telah bertukar dari sahabat karib kepada pasangan kekasih??