Imam Ghazali : "Apakah yang paling dekat dengan kita di dunia ini?"
Murid 1: "Orang tua"
Murid 2: "Guru"
Murid 3 : "Teman"
Murid 4 : "Kaum kerabat"
Imam Ghazali : "Semua jawapan itu benar, tetapi yang paling dekat dengan kita ialah MATI. Sebab itu janji Allah S.W.T. bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati."
Imam Ghazali : "Apakah yang paling jauh daripada kita di dunia ini?"
Murid 1: "China"
Murid 2: "Bulan"
Murid 3 : "Bintang"
Murid 4 : "Matahari"
Imam Ghazali : "Semua jawapan itu benar, tetapi yang paling jauh adalah MASA LALU. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, hari esok dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama."
Imam Ghazali : "Apakah yang paling besar di dunia ini?"
Murid 1: "Gunung"
Murid 2: "Matahari"
Murid 3 : "Bumi"
Murid 4 : "Gajah"
Imam Ghazali : "Semua jawapan itu benar, tetapi yang paling besar adalah HAWA NAFSU [Surah Al-A'raf:179]. Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka."
Imam Ghazali : "Apakah yang paling berat di dunia ini?"
Murid 1: "Baja"
Murid 2: "Besi"
Murid 3 : "Gajah"
Murid 4 : "Kapal"
Imam Ghazali : "Semua jawapan itu benar, tetapi yang paling berat adalah MEMEGANG AMANAH. Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah S.W.T. meminta mereka menjadi khalifah (pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah S.W.T. sehingga banyak manusia masuk ke neraka kerana gagal memegang amanah."
Imam Ghazali : "Apakah yang paling ringan di dunia ini?"
Murid 1: "Kapas"
Murid 2: "Angin"
Murid 3 : "Debu"
Murid 4 : "Daun-daun"
Imam Ghazali : "Semua jawapan itu benar, tetapi yang paling ringan di dunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT. Gara-gara pekerjaan kita atau urusan dunia, kita tinggalkan solat."
Imam Ghazali : "Apakah yang paling tajam sekali di dunia ini?"
Murid-murid dengan serentak menjawab : "Mata pedang!!!"
Imam Ghazali : "Semua jawapan itu benar, tetapi yang paling tajam sekali di dunia ini adalah LIDAH MANUSIA. Kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri."
No comments:
Post a Comment